Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers

Wednesday, July 6, 2011

Puding Aiskrim...

blik jer keje ptg semalam teringin nk wat puding..actually dh lama nk wat..agar2 tu pom dh lama beli cuma xsempat jer nk wat ( ++ malas..hehheeh )..so ptg tu dengan after blik keje terus masuk dapor ( padahal memng masuk umah ikut dapor..pintu depan utk tetamu jer..) so nk wat puding tu sng jer...sila tgk ke bawah....


Bahan-bahan
  • agar agar strip – direndam sebentar
  • air
  • Gula ikut kemanisan masing masing
  • 6 biji kuning telur – dipukul sedikit
  • 6 biji putih telur – dipukul sedikit sampai putih
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit esen vanila Pewarna kuning n merah
  • 1 tin buah coktail – separuh buah dan air digunakan untuk membuat sos puding
  • ½ buah cocktail tadi diblend separuh halus bersama airnya
  • Sos Puding
  • 1 tin susu cair, 1 tin air
  • Gula melaka – guna gula pasir kurang sedap dan Sedikit tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
  • Vanilla dan ½ tin air coktail diblend bersama ½ buah coktal tadi .. sedikit garam
Cara-cara

1.Masak agar agar bersama dengan 7 mug air
2.Bila dah hancur masukkan gula dan masak sebentar
    3.Bahagikan agar agar kepada 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan warna merah dan satu bahagian lagi diwarna kuning 4.Bahagian berwarna kuning dimasak semula bersama santan, susu cair, vanilla, kuning telur dan campuran buah koktail yang dimesin tadi. Masak sehingga mendidih. 5.Masukkan agar agar ini dalam bekas or loyang 4 segi. dan Masak semula bahagian yang berwarna merah bila mendidih masukkan agar agar ini ke dalam putih telur yang dipukul tadi. 7.Masukkan bahagian merah bersama putih telur tadi sedikit sedikit ke dalam agar agar yang berwarna kuning. Tuang ke setiap bahagian ( telur tu seakan akan berbuih macam aiskrim) jangan dikacau 8.Kalau guna bekas kaca kita akan nampak 2 lapisan terbentuk...kuning di bawah dan merah di atas. dan Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan
    Sosnya ( kalu xnak wat pom xpo..makan gtu pom dh sedap...) 1 Masak susu cair bersama 1 tin air (kalau pekat tambah sedikit air) 2. Masukkan gula melaka dan kacau hingga gula cair. 3. Kemudian masukkan kastard , vanila n garam dan coktail tadi 4. Masak sehingga mendidih – sentiasa dikacau kalau tak mudah hangit.

    ni la rupa puding dr pandangan atas...
    side view

    No comments:

    Post a Comment