Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers

Wednesday, September 6, 2017

Roti Titab


Roti titab untk breakfast pagi semalam, arini baru sempat nk update..

Sy memang akan menyediakan sarapan pagi untuk hari sekolah. jika weekend atau cuti jarang sy sediakan breakfast biasa suami akan tapaukan atau kami sama2 sarapan di kedai. jadi semalam adalah hari pertama persekolahan selepas cuti sekolah dan cuti hari raya aidiladha jd sy fikir utk sediakan sesuatu yg mudah dan cpt kebetulan dua tiga hari sebelum suami ada mintak buatkan telor separuh masak.

ROTI TITAB

bahan -
 roti keping
telor
butter
kaya

sediakan telor separuh masak. cara sy untuk buat telor separuh masak sy masak air sehingga mendidih kemudian masukkan telur dan tutup api. biarkan selama 4minit.

sapukan butter di kedua belah roti. sy kepitkan roti tersebut supaya dapat roti yang lebih tebal. kemudian bakar di atas non stick pan. balik2 kan. angkat dan pecahkan telor di tengah roti. kemudian calitkan kaya di setiap penjuru. dah siap..


Thursday, August 24, 2017

Me & Diet

Assalamualaikum...lama rasanya tidak menulis..walaupom menulis ni merupakan minat sy dari dulu lagi..bukan takat minat menulis jer membaca pom minat sebab tu sy masih lg membeli novel - novel biarpom masa untuk membaca novel agak terhad.

tapi hari ini bukan nk crite pasal minat ataupom hobi tp nk crite tentang diri ini yg masih berjuang utk mendapatkan berat ideal dan sihat memandangkan berat sudah hampir mencapai tahap maksimun sampaikan nk bergerak dan solat pom susah.

biase kalu tanyer saper2 pom camner nk kurus..mesti dorang ckp xyah makan n  buat exercise..tp realiti bukan senang utk tidak makan n bukan senang nk wt exercise kalu kite bkn seorg yg btl2 berdisiplin even semangat nk kurus berkobar2..maybe utk seminggu dua bleh tahan tp utk maintainkan tue hadoii!!..sbb mase tgh diet tu dh pk dh bile kurus leh makan ni..dh kurus xyah buat ni..sudahnyer turun skit jer makan plop bagai nk rak..dh naik bertambah2 lebih dr sebelomnyer..kan kan kan!!

sy dh cube pelbagai produk, pernah g fitness center,msk klas aerobik tp sumer xjalan sbb sy memang xleh kalau xmakan..nasi memang wajib..kek n roti tu memang feberet..ice cream lg la..kuih ari2 dok pk nk buat kuih aper..abes caner???...pastu ade yg bg suggestion jgn amik dinner..tp caner utk tidak dinner bile en husband slalu dinner kol 8 lebih..xkan nk bia dia makan sorang kan..pastu kalu teman dia makan xtan nk tgk jer kan...dah mestinyer otomatik tgn ni amik pinggan n ceduk nasi plg2 dapat tahan pom tgn ni still gak mengagau lam pinggan en hubby..hahahaha..sudahnyer sy yang tambh nasi en hubby tukang tggu plop..

akhirnya penhujung 20 november 2016 sy tekad untuk cuba atkin sy start beratkin pada 21/11/2016 dgn berat 96kg sampai 20/12/2016 berat sy 84.5kg kemudian terus tenggelam ke laut dalam..sehingga arini 24/08/2017 berat sy sudah kembali ke 87.7..huhuhu

pernah nak kembali beratkin tp xtahu la kenapa xboleh nk buat..jd malas nk masak lauk2,amik mudah dalam pemakanan, rasa xsanggup dan macam2 lagi la..hanya yg mengalami sajer memahami..

oklah nanti andai kata saya berjaya kurus sy akan update lg... semangat masih lg berkobar- kobar ni nk kurus.

Wednesday, February 4, 2015

Singgang Ikan Aye



Assalamualaikum...trobek menu dinner sabtu lepas..menu yang sangat glemer kt kelantan..rasenya klu yang asal dr sini memang tersangat reti nk buatnya..SINGGANG IKE AYE😍😍😍...

Kat sini kite panggil ikan aye(spelling xtau betul ke idok) tp bahasa standard dia ikan tongkol..ade dua jenis ikan aye satu aye hitam dan satu lg aye putih..kami suka aye putih@aye tenggiri sbb isi dia pejal2 skit..klu buat singgang pastu makan dengan budu n ulam2..memang terangkat abes..paling best hirup kuah singgang yg di campur budu..

jom tgk singgang ikan aye versi saya

1 ekor ikan aye sederhana besar
1 bj bawang holland dibelah
3 bj bawang merah kecik dihiris nipis
5 bj bwng putih dihiris
lengkuas
asam keping
lada hijau (lada solok klu xde guna jer cili padi)
bendi ( optional xnak letk pom xper)

basuh ikan bersih2..masukkan dalam periuk masukkan air sehingga tenggelam ikan..pastu masukkn lengkuas dan asam keping..masak atas dapur..

bila dh mendidih masuk kan sumer bawang2,lada hijau,bendi then masukkan garam dan ajinomoto skit..biarkan ia mendidh sekejap..then bleh tutup api..

senangkan!!!

ini kalu makan ade budu n ulam2 memang bertambah2 makan..singgang ni klu dibiarkan semalaman lg best!!!

Tuesday, December 16, 2014

HOKKAIDO CUPCAKE

Salam sumer..bersiaran smbil tgk manisnya cinta.hehe..sy paling suka novel ni...satu sbb nama heroin dia unik ifti liyana dua sbb ade puding karemel...hahaha..okies bukan nk crita pasal movie or novel tp nk share satu resepi yg i amik kt blog che mat gebu disini


ni sy tepek balik resepi che mat tu:-

BAHAN-BAHAN A :-)

3 kuning telur gred A

20 gram gula kastor

35 gm minyak jagung

60 ml susu segar

70 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum kalau takde)


BAHAN-BAHAN B :-)

3 putih telur gred A
25 gram gula kastor
Secubit garam (mat tambah)

BAHAN-BAHAN C :-)
65 gram whipping cream
15 gram gula kastor
45 gram puree stoberi segar
Buah stoberi segar untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)w

Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan bekas untuk cupcake. Ketepikan. Dalam mangkuk bersih, satukan kuning telur dan gula kastor, kacau dengan whisk hingga sebati dan pucat. Masukkan susu segar, minyak jagung, kacau. Ayak tepung ke dalam bancuhan dan gaul hingga rata dan tidak berbintil2. Ketepikan sebentar.Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan sederhana, masukkan gula kastor (25 gram) dan secubit garam. Putar hingga kental (soft peak), jangan sampai terlampau kental. Gaul 1/3 putih telur dalam bancuhan kuning telur, gaul dengan kaedah kaup balik, masukkan baki putih telur dan gaul rata.Tuang dalam bekas cupcake hingga hampir penuh (90%). Kemudian bakar 25 minit, gunakan rak tengah. Biar kek sejuk, dan boleh paipkan dengan whipping cream. Hias dengan stoberi segar. Simpan kek tadi dalam peti sejuk sebelum dihidangkan..
UNTUK WHIPPING CREAM :- Putar whipping cream dengan gula kastor hingga kental. Masukkan puree stoberi, gaul rata dan boleh gunakan (mat guna non-dairy whipping cream, sebab takde whipping cream).

selamat mencuba..pasni bleh buat lagi sbb abe danish suka sgt2 kek ni..tp bukan abe danish jer kot..satu family pom suka..dr ma,adik2,asben..hohoho...memang sgt berbaloi amik resepi ni..

Thursday, November 6, 2014

Siapa Perlukan Omega???



Malam ni sy nk citer skit saper yg perlukan omega ni..jika anda salah seorang yg dibawah ni anda harus memiliki Omega Guard shaklee kerana ia merupakan minyak ikan paling tulen di dunia.

Siapa Yang Perlukan Omega ??
1. ibu hamil
♥membantu perkembangan otak bayi semasa daam kandungan9
♥mengurangkan risiko bayi pra matang atau lahir tak cukup bulan
♥mengurangkan risiko gila meroyan
♥mengawal kenaikan berat badan semasa hamil

2. ibu menyusu
♥membekalkan khasiat utk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak bayi juga.
♥membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejaskan penghasilan susu ibu dan kualiti susu ibu.

3. Pelajar dan kanak - kanak
♥pertumbuha badan yg sihat dan kesihatan optimun
♥sesuai utk anak yg mudah jatuh sakit spt selsema,batuk dan asma
♥membantu pelajar utk fokus semasa pembelajaran

4. Mereka yg ada masalah berat badan
♥omega 3 meningkatkan hormon leptine yg dpt
mengawal selera makan dan terase kenyang
♥membakar lemak2 g tidak digunakan

5. mereka yg sering dilanda masalah kesihatan
♥batuk berkahak,selsema berterusan,radang sendi, kolestrol tinggi dan strok

#####################################################
Ada sebarang pertanyaan? Ingin tahu lebih lanjut mengenai Set Shaklee yang sesuai dengan budget dan kehendak anda, sila hubungi sy..

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Noor Abiedah Binti Fawzi ( NORA )
ID No. 916983
♥ SMS/WhatsApp : 019 - 9175456
♥ Email : fawzi_nora@yahoo.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, November 3, 2014

Apa Itu Omega Guard???

Assamualaikum!!!

Yeay!!!..november adalah bulan tuk omega..best!!best!!..
sy memang peminat omega...so dh 3 ari promosi omega berlalu..sebelum ia berlalu meninggalkan kita berkenalan dgn Omega Guard Shaklee ini..

# omega merupakan minyak ikan paling tuken didunia. ini kerana setiap kapsul omega mengndungi 7spektrum penuh asid lemak omega 3 semulajadi spt EPA,DHA , ALA dn byk lg.

# Satu sajian omega membekalkan 905mg asid lemak omega EPA dan DHA.

# Omega diekstrak drpd ikan aid laut sejuk diperairan jepun

# Ketumpatan omega juga adalah 3kali ganda ketumpatan minyak hati.

# Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred dan menlalui proses penyulingan utk menyingkirkan bhn2 bahaya spti plumbum dan merkuri.



------------------------------------------------------

Ada sebarang pertanyaan? Ingin tahu lebih lanjut mengenai Set Shaklee yang sesuai dengan budget dan kehendak anda, sila hubungi sy..

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Noor Abiedah Binti Fawzi ( NORA )
ID No. 916983
♥ SMS/WhatsApp : 019 - 9175456
♥ Email : fawzi_nora@yahoo.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, October 24, 2014

Pencuci Botol Pilihan Saya

Pencuci botol susu ,storage dan juga breast pump pilihan saya. Get Clean Hand Dish Wash dr Shaklee.



Kenapa sy pilih dish wash ni adalah sebab pencuci ini bukan sekadar pencuci pinggan mangkuk tp bleh digunakan utk mencuci botol2 susu anak kerana ia diperbuat dr minyak jagung dan kelapa. ianya bersih, selamat dan semulajadi.

ape yg paling best ianya bebas toxic berbanding pencuci botol susu yg terdapat di pasaraya..malah ia menjimatkan kerana ia tahan berbulan2 jika hanya digunakan tuk mencuci botol2 susu sahaja.

Hanya dua titik dperlukan..masukkan dalam bekas berisi air pastu masukkan botol2 yg nk dicuci. Rendam seketika then bilas..pastu blehla di steam ataupom bilas nga air panas..pastu toskan(bleh guna ker term tos tu tuk botol)


hanya dua titik sajer tp buihnya byk