Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Followers

Wednesday, September 6, 2017

Roti Titab


Roti titab untk breakfast pagi semalam, arini baru sempat nk update..

Sy memang akan menyediakan sarapan pagi untuk hari sekolah. jika weekend atau cuti jarang sy sediakan breakfast biasa suami akan tapaukan atau kami sama2 sarapan di kedai. jadi semalam adalah hari pertama persekolahan selepas cuti sekolah dan cuti hari raya aidiladha jd sy fikir utk sediakan sesuatu yg mudah dan cpt kebetulan dua tiga hari sebelum suami ada mintak buatkan telor separuh masak.

ROTI TITAB

bahan -
 roti keping
telor
butter
kaya

sediakan telor separuh masak. cara sy untuk buat telor separuh masak sy masak air sehingga mendidih kemudian masukkan telur dan tutup api. biarkan selama 4minit.

sapukan butter di kedua belah roti. sy kepitkan roti tersebut supaya dapat roti yang lebih tebal. kemudian bakar di atas non stick pan. balik2 kan. angkat dan pecahkan telor di tengah roti. kemudian calitkan kaya di setiap penjuru. dah siap..


No comments:

Post a Comment